Qatar hujan lagi!!!

01 March 2010

Salam ukhuwah,

Petang ni, tak semena-mena hujan turun lagi di negara tandus ni. Alhamdulillah, dapat jugak aku tengok hujan lagi pada 1 Mac 2010. Menurut sesetengah pendapat otai2, cuaca di Qatar ni dah semakin pelik.

Hujan dah tak tentu masa. Kalau dulu, bulan2 macam ni memang tak merasalah nak tengok hujan turun dengan lebatnya di Qatar ni. Dan zaman berubah, cuaca pun berubah.

Climate change!! Isu global!! Macam2 dah kita dengar sejak akhir2 ni. Cuaca di kebanyakan tempat berubah secara drastik. Lihat saja di Eropah. Musim sejuk baru2 ni je, salji yang turun luarbiasa banyaknya.

Lihat saja di Malaysia, katanya semakin panas. Fenomena Al-Nino katanya. Dan di Qatar, tak mustahil akan alami cuaca yang selama ini takkan terjadi, ianya akan terjadi. Semuanya kuasa Allah, pencipta dan pentadbir alam ini. Subhanallah!!!+/-

Untuk tadi, bukan sahaja hujan biasa, malah hujannya begitu lebat macam kat Malaya. Siap dengan awan mendung berarak kelabu lagi. Tak cukup dengan tu, kilat dan petir pun ada merancakkan suasana hujan di Qatar ni. Sejenak aku teringatkan Malaya. Waktu hujan macam ni memang best duduk kat beranda rumah. Minum kopi panas cicah dengan biskut kering. Kalau nasib baik sikit, ada la jugak ubi keledek goreng dan jugak pisang goreng. Memang aku rindukan suasana macam tu. Kat tempat aku tinggal sekarang ni, memang tak bole la nak rasa suasana macam tu. Maybe, di Al-Khor nanti kot. dapat rasa macam tu. Itu pun kalau ada hujan lebat macam ni. Mmm.... InsyaAllah....

Berbalik kepada cerita hujan tadi, selalunya bila cuaca macam ni memberi tanda bahawa perubahan musim akan berlaku. Dalam konteks Qatar ni, perubahan musim bermakna musim sejuk akan berakhir dan musim panas akan menerjah semula menghangatkan suasana bumi tandus ni. Musim panas kat sini memang menguji tahap kesabaran kita di sini. Mana taknya, panasnya boleh mencecah 53degC. Memang tough untuk pendatang baru seperti rakan aku tu nanti. Kata orang lama, kalau dapat tempuh musim panas kat Qatar ni, InsyaAllah boleh le duduk lama kat Qatar ni. Heheh....

Dan sampai entri ni dicatat, hujan masih lagi renyai2 di luar sana. Tapi, suhu waktu malam sudah tidak sedingin dulu. Suhu dah mula naik. Dalam bulan Mac dan April ini nanti, aku akan dapat rasakan suhu seperti di Malaya. Ye..Malaya apa cerita sekarang? Dengar panas mengetik. Mmm... biasalah... dunia sudah mau terbalik!!!

Jumpa lagi di lain entri !!! Wassalam....

reMBoe - nasib baik keje malam... kalo tak memang aku mandi hujan dah petang tadi!!! hehe...

0 comments: