Salam ukhuwah,
Daripada 26 x-PPT di Qatar ni, hanya 7 orang yang dapat hadir untuk majlis ini dan lagi 19 orang tak dapat hadir atas sebab2 tertentu. Ada yang keje, ada yang balik Malaya, ada yang ada plan lain dan ada jugak yang tak tau langsung apa cerita. Hehe...
Untuk Majlis Iftar tadi, yang hadir ialah Amir Ali dan keluarga, Yem dan keluarga, Awie Manan, Yasir xLab, Wan Kamal, Amir Marine dan aku sendiri. Majlis diadakan di Al-Waha Club, Al-Khor Community. Memandangkan majlis ni dirancang secara adhoc atupun secara tergesa2, maka pemilihan makanan secara buffet adalah yang terbaik. Sebab memang cadangannya nak buat masakan sendiri, tapi memang masa dah terlalu suntuk. So, merealisasikan ikatan ukhuwah yang terjalin dari PPT lagi, maka perjumpaan seperti ini adalah terbaik walaupun tak semua yang boleh menghadirkan diri di atas sebab2 yang tak dapat dihumban ke tepi. +/-
5 orang semeja untuk 'bujangan'.
Diam tak diam, rupa2nya xPPT di Qatar ni berjumlah 26 orang ke semuanya. Itu yang aku tau setakat ni. Kalau nak tau senarainya. Boleh la korang rujuk kat laman forum xpptsb.com.(korang tau tak laman forum ni wujud?) Kat sana ada senaraikan rakan2 bekasan PPT yang merantau mencari rezeki di luar PPT.
Untuk majlis Iftar ini tadi, hanya 2 meja ditempah. Satu meja besar untuk family Yem dan Amir dan satu lagi meja kecik yang memuatkan kami berlima. Rancak jugak kami bercerita walaupun tak berapa ramai yang hadir. Dapat aku bayangkan kalau lagi ramai yang hadir. Riuh agaknya dewan restoran ni kot.
Setelah habis berbuka puasa, kami solat bersama dan lepak kat lobi kelab sebentar sebelum pulang untuk bersiap ke Solat Isyak dan Terawikh. Dan apa yang bestnya, selepas Solat Terawikh, kami berkumpul pulak di rumah Asrul a.k.a Che Din yang mana rumahnya adalah di luar komuniti iaitu di kawasan kampung Al-Dhakira. Lama jugak lepak kat sana sambil bersembang tentang cerita2 lama dan jugak yang baru.
Di harap, selepas ni kita dapat berkumpul lagi. Jalinkan ukhuwah rakan2 PPT yang telah memilih jalan kanan yang berliku dan semoga dengan adanya aktiviti macam ni dapat mengurangkan kerinduan keluarga kepada aktiviti ziarah menziarahi sesama rakan dan jiran yang lazimnya dilakukan di Malaysia satu ketika dahulu. Jumpa lagi di lain entri.
Ilalliqaq...Wassalam....
Family Amir dan Yem di satu meja
remboe - tak ramai tapi meriah....;)
Malaysia
Qatar





0 comments:
Post a Comment