Salam ukhuwah,
Since last year, Qatar telah menjemput negara2 kuasa boleasepak dunia untuk membuat friendly match di Doha. Kalau tahun lepas, England dan Brazil telah diundang untuk mengadakan friendly match kat sini, di Stadium Khalifa Doha. Tahun lepas aku sempat la pegi tengok dengan Awie, Asrul, Wan Kamal dan Amir Marine. Kira meriahlah jugakkan. Sebab masa tu kena aku cuti pulak. Memang mantaplah.
Then, tahun ni pulak Qatar sekali lagi menjemput 2 negara kuasa bolasepak dunia untuk mengadakan friendly match kat sini iaitu Argentina dan Brazil. Aku pun tak taulah apasal ntah Qatar ni suka sangat ajak Brazil main kat sini. Ajaklah pulak team yang juara World Cup, Spain ke, Belanda ke, kan best tu. Maybe diorang dah ajak kot, tapi ada halangan. Takpun, kena bayar mahal sangat. Tak berbaloi. Tak pun memang orang Qatar ni memang minat gaya permainan Amerika Latin. Samba bro!!! Haha....
Game malam tadi, aku sempat tengok kat TV je. Ada live kat Al-Jazeera. Baru balik keje. Malas nak ke Doha. Kalu dah duk kat Doha, kompom aku start kete gi luar stadium. Saja je nak tengok suasana. Yang sempat tengok live tadi Dekwan dan CheMus bersama dengan Sabri (x-VCM). CheDin dengan Megat pegi jugak. Meriah katanya.
Aku tak taula sejak bila pulak DekWan minat bola. Tanya pasal lumba kete taula kot. Tapi, takpelah Wan. Mum memang sempoi layan angin awok2. Hehe...+/-
Kalau tengok gambo kat atas, Che Mus ni peminat Brazil. Tapi kalo tengok kat bawah ni jadi peminat Argentina la pulak. Memang krisis identitilah mamat sorang neh. Heheh... Tapi takpe, Argentina menang malam tadi. Messi menunjukkan skillnya menjaringkan gol dalam masa kecederaan. Huhu....
Untuk game tadi, memang bole dikatakan ok jugaklah. Brazil tanpa Kaka tapi Ronaldinho dan Robinho tetap ada untuk memberi perencah kepada permainan tadi. Dan Argentina kebanyakan playernya turun jugak. Dan yang pasti mata penonton akan memberi tumpuan pada penampilan Messi. Dan akhirnya Messi menunjukkan skillnya dengan menjaringkan gol kemenangan kepada Argentina. Mmm... macam tu je la. Aku pun tertido lepas tu kat depan TV. Heheh....
Jumpa lagi di lain entri. Wassalam....
reMBoe - Lagi beberapa hari lagi FIFA nak umumkan negara yang layak untuk hoskan FIFA World Cup untuk tahun 2018 dan 2022. Dan aku harap Qatar dapatlah menang bidding untuk tahun 2022 tu.....InsyaAllah....;p)
Malaysia
Qatar







0 comments:
Post a Comment