Bazaar Ramadhan di Qatar 2011/1432H.

12 August 2011

Salam Ramadhan,

di pintu masuk Bazaar Ramadhan

Tahun ni punya Bazaar Ramadhan telah diadakan kat tempat lama macam tahun lepas jugak iaitu di Hyatt Plaza, Doha. MAcam tahun lepas jugak, Bazaar Ramadhan untuk tahun ni jugak telah diadakan 2 kali iaitu pada 6 dan 12 Ogos 2011. Dan Alhamdulillah, kedua2 masa tu dapat jugak aku ke sana melihat juadah yang disajikan. Sebenarnya aku bukan apa, nak tengok suasana dan nak 'ukur gambar' je... Hehe...

Bazaar Ramadhan yang pertama tahun ni pada aku boleh tahan jugak meriahnya. Penjual boleh menarik nafas lega la jugak sebab kebanyakan makanan boleh dikatakan memang laku. Maklumlah ianya adalah jualan yang pertama dan jugak rakyat Malaysia yang duduk kat Qatar ni memang nak rasa jugak suasana Ramadhan macam kat Malaysia. Mana taknya, kalau kat negara kita, bulan Ramadhan je petang2 pegi cari juadah berbuka. Hampir semua tempat ada bukak Pasar Ramadhan. Dari bandar sampai ke kampung, dari hulu sampai ke hilir, semuanya taknak ketinggalan. Dah memang tradisinya macam tu.+/-

Berbeza kat Qatar ni, bulan Ramadhan mana ada bazaar ke pasar ke yang jual makanan untuk berbuka ni. Mana taknya, hampir semua kedai makan dan restoran dilarang menjual makanan sehingga sejam sebelum berbuka. Itu pun untuk menempah makanan untuk berbuka. Apa yang aku tengok, kat Qatar ni kerajaan diorang buat khemah untuk orang berbuka puasa. Makanan free je. Alhamdulillah.... hampir semua tempat ada macam tu. Nak taknak join je. Sebab memang ramai geng2 bujang dari negara Asia Tengah je yang ada. Hehe...

Berbalik kita ke Bazaar Ramadhan anjuran MAQ tadi, yang pertama memang ramai. Dan yang kedua pulak, tak berapa ramai dah. Maybe aku datang sedikit terlewat. Banyak makanan dah disebat oleh pengunjung2 yang datang terlebih awal. Cuma yang ramai lagi beratur adalah gerai nasi lemak yang sememangnya setiap kali bazaar diadakan, memang nasi lemak tu lah yg paling crowded. Beratur sampai sejam pun tak dapat lagi. Memang laku sungguh. Aku ada beli jugak. Patutlah ramai yang beli, sambal dia memang jadik!! Boleh tahan sedap... Tak caya, cubalah nanti beli bila ada pasar malam musim sejuk nanti. Hehehe.... Kadang2 aku terpikir jugak nak pecah monopoli nasi lemak ni. Bukan apa, kesian kat pengunjung beratur lama2, takde pilihan lain. Nantilah, ada rezeki aku pun nak jual nasi lemak macam tu. At least pengunjung ada pilihan lain. Hehe... (Biasalah...azam kena ada....;) )

Apa lagi makanan yang ada kat sini? boleh dikatakan semua ada. Macam2 ada... Air pun bole tahan. Apa yang aku nak macam air tauhu tu pun ada dijual. Cuma satu je yang takde. Air tebu!! haha...susah nak cari tebu kat sini der.... Nanti balik Malaya je la cari air tebu... Tak lama dah nak balik beraya dan berpuasa kat sana. InsyaAllah....

bersama Duta Malaysia dan Presiden MAQ

Okla, apa2 pun jutaan terima kasih buat MAQ kerana menganjurkan program yang macam ni di bulan Ramadhan ni. At least, bolehla jugak mengubat kerinduan rakyat Malaysia kat Qatar ni untuk melepaskan gian membeli juadah berbuka puasa sebagaimana lazimnya mereka buat semasa berada di Malaysia. InsyaAllah boleh teruskan lagi usaha ni untuk tahun2 yang akan datang. Jumpa lagi di lain entri....Wassalam!!!

remboe - banyak bersembang dari membeli....hehe...

0 comments: