Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Memang tak dinafikan, sejak setahun kebelakangan ini rata2 perantau yang mencari rezeki di Qatar ni menghadapi dilema dalam menghantar wang ke negara asal masing2. Sebanyak mana nilai duit menyusut disebabkan pertukaran wang ini bergantung kepada currency negara masing2. Yang jelasnya, Ringgit Malaysia (RM...bukan Rosmah Mansur ehh...hehe) semakin teguh berdiri berbanding US Dollar (USD). Ini bermakna bila USD makin lemah, Qatar Riyal (QR) jugak makin lemah la jawabnya. Sebab apa QR pun lemah?? Sebabnya QR ni diikat dengan USD. So, bila QR makin lemah, apa jadi??
Ni lah dilemanya bagi perantau macam kami. Risikonya macam nilah. Bila USD makin lemah, QR pun makin lemah. Bila QR lemah bermakna gaji yang aku terima kat sini semakin menyusut lah kalau dikira dalam RM. Kenapa pulak kira dalam RM?? Kena kiralah bro!! Sebab masa mula2 datang Qatar ni pun kita compare dgn gaji kat Malaysia masa tu yang tentunya dalam RM.
Seingat aku masa aku datang sini akhir Okt 2008, RM dengan QR lebih kurang sama. 1:1. So, senang kira. Then, lepas beberapa bulan masa tu, USD semakin menguat. Pernah satu ketika QR1.00 = RM1.1o. Dalam awal tahun 2009 tak silap aku. Pernah aku postkan ceritanya. Sukanya lah masa tu. Mana taknya, gaji jadi mahal lah masa tu. Hehe... Tapi masa tu lah...+/-
Graf USD to MYR dari fx-rate.net
Then, masuk tengah tahun 2009, QR yang diikat dengan USD semakin lama semakin menyusut nilainya. Ini memberi kesan langsung kepada RM yang menjadi semakin gagah. Fenomena kejatuhan nilai USD ni lah yang membuatkan gaji yang aku terima sekarang semakin mengecil. Mana taknya, kalau ikutkan nilai semasa nisbah QR kepada RM adalah 1:0.82. Bermakna kalau QR100 dapatlah RM82. Kalau QR1000 dapatlah RM820 dan kalau QR10000 dapatlah dalam QR8200. Nampak tak?? berapa banyak yang hilang? Atas angin je nilai tu terbang. Mmm...
Tengok je lah graf duit USD berbanding RM. Makin lama USD makin jatuh nilainya. Itu dalam masa setahun. Mintak2 takdelah sampai jatuh merudum lagi. Tapi, susah nak kata jugak. Apa yang aku nampak, nilai duit USD ni memang akan makin mengecil. Ini fenomena akhir zaman. Bunga2 kejatuhan kuasa besar dunia. Mungkin inilah puncanya. Kita tengok je skang ni. Ramai dah mula simpan emas. Ramai dah mula celik dengan emas. Harga emas kebelakangan ini semakin lama semakin melambung tinggi. Inilah yang sebenarnya. Islam dah beritahu awal2. Al-Quran dah ceritakan semuanya. Ada hikmah di sebaliknya.
Graf USD vs MYR dalam masa setahun dari XE.com
So, rasa2nya berapa lama agaknya fenomena kejatuhan nilai USD ni akan berlarutan? Kalau ikutkan pakar ekonomi, USD ni makin lama akan semakin menguncup. Banyak dah negara tak berdagang dengan matawang USD. Banyak yang pakai matawang China pulak. Kalau betullah macam tu, bermakna dah boleh lah nak gerak slow2. Usha2 mana yang patut. (saja bakor line...) Hehe... Kecuali kerajaan Qatar ni melepaskan ikatan duitnya dengan Dollar US ni. InshaAllah melambung kot nilai Qatar Riyal ni. Mana taknya, negara kecil tapi kaya. Simpanan kerajaan banyak. Tapi, ikutkan berita semasa, memang kerajaan Qatar pun takut lagi nak melepaskan ikatan dengan USD ni. Maklumlah kat sini banyak projek2 mega yang akan dibuat banyak dapat kat US. Tu yang payah kot... Strategi politik belaka... huh!!
Okla, apa pendapat aku?? Bagi aku, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini adalah ujian kesabaran buat perantau macam aku. Allah nak uji sejauh mana kita bersabar dan redha ke atas rezeki yang ditentukan kepada kita. Ini adalah salah satu dugaan yang ditetapkan. Yang penting kita mestilah mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah yang masih lagi melimpahkan kita rezeki di bumi tandus ni. Alhamdulillah....;)
Dan aku tak nafikan mungkin ini jugak satu 'lantaran'. Mungkin ini adalah lantaran yang boleh menyebabkan kita berhijrah lagi. Dan mungkin lantaran yang menyebabkan kita semakin dekatkan diri dengan Ilahi. Dan mungkin lantaran yang menyebabkan kita semakin memahami erti kehidupan yang sebenar. Atau mungkin lantaran yang menyebabkan kita semakin mengerti erti kesabaran hakiki. Entahlah... Yang penting, hidup mesti terus!!! (pinjam kata2 iwe sekali!!) hehe...
Jumpa lagi di lain entri....Wassalam...
reMBoe - disebabkan ini ramai yang dah mula berpikir nak angkat kaki dari bumi Qatar ni...huhu
Malaysia
Qatar






2 comments:
hhidupmestiterus
itulah kata2 hikmat yang membuatkan kita masih berdiri di sini...di atas dunia fana ni...hehe...
Post a Comment