Iftar xPPT di Qatar -15 Ramadhan 1432H

15 August 2011

Ramadhan Kareem,

15 xPPT di Qatar

Alhamdulillah... dengan izin Allah buat pertama kali dalam Ramadhan 1432H ni, xPPT di Qatar berjaya mengadakan majlis Iftar bersama-sama keluarga di rumah En. Jamaludin Yahamat di Al-Handasar, Doha. Majlis ini di antara majlis yang dihadiri oleh ramai xPPT di Qatar termasuk keluarga baru xPPT di Qatar iaitu geng2 Qatar Petroleum (QP) yang baru sahaja sebulan dua menjejakkan kaki ke tanah tandus ni. Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi tali sillaturrahim yang sudah terjalin lebih sedekad yang lalu yang mana bermula di tanah yang menghijau dan kini diteruskan di tanah yang tandus pula. Hehe...

Untuk majlis tadi, 15 orang geng xPPT berjaya dikumpulkan. Yang bekeluarga semestinya membawa keluarga masing2. Yusfarizal (QChem) diwakilkan oleh isterinya kerana dia bekerja shift malam. Sebenarnya, mengikut statistik semasa, jumlah ni baru separuh dari xPPT yang berada di Qatar ni. Yang tak dapat datang tentunya disebabkan bekerja dan ada urusan lain. Takpelah, lain kali nanti boleh join majlis camni. Yang penting, jumlah yang hadir tahun ni adalah lebih ramai dari jumlah yang hadir majlis Iftar xPPT tahun lepas. Alhamdulillah...+/-


xppt yg hadir dari QG (kiri), RG (tengah), QP (kanan)

Actually majlis ni dibuat dengan beberapa tujuan. Yang pertamanya, nak meraikan kawan2 yang baru datang ke Qatar ni seperti geng2 QP (Azhar Hadi, Hafiz, Rudiladha, Mazilan, Jehe, Mi Steady) dan jugak geng2 RG (Shaiful dan Kamal Besi). Semuanya dapat hadir kecuali Mi Steady dan Kamal Besi kerana bekerja dan ada kerja. Hehe...Terima kasih banyak2 buat Nik Nazif yang bersusah payah mengambil dan menghantar diorang dari Messaied dan Wakra. Jasamu hanya Allah yang dapat membalasnya. :)

Tujuan yang kedua, InshaAllah majlis seperti ni akan diadakan pada Ramadhan setiap tahun. Kirakan nak dijadikan aktiviti tahunan xPPT Qatar lah. At least bolehlah berjumpa jugak. Kalau nak harap jumpa hari2 biasa memang payah, masing2 sibuk dengan tugas yang tak pernah habis. Lagi2 macam Ustaz Nasri, OT manjang...Hehe.. murah rezeki betul dia duduk sini. So, dengan majlis macam ni, berkesempatan lah kita nak berjumpa dengan beliau. Hehe...( Jangan marah Ustaz..) Boleh la jugak ana bersembang rancak dgn Ustaz macam dulu2 masa kita jaga panel sebelah menyebelah kat PPT. (Nostalgia betul!!!)

xppt yg baru menerjah global....

Tujuan ketiga adalah untuk memberi kata perangsang dan perbincangan dengan rakan2 yg baru menjejakkan ke tanah tandus ni. Maklumlah, jauh dgn family, rumah dan tempat keje pun jauh dgn orang lain. Mana taknya tak timbul dan teringat masa lampau di PPT. Iyelah... kalau kat PPT dulu memang dah selesa. Otai la katakan. Sampai sini je, jadi junior. Belajar balik. Bab proses memang tak nafikan kehebatan korang. Tapi bab nak adaptasi cara kerja dan perangai serta karenah orang kat sini tu yang payah sikit. Memerlukan tahap kesabaran dan ketenangan yang tinggi.

So, dengan adanya majlis tadi, dapatlah jugak geng2 lama kat sini berkongsi pendapat, cerita, pengalaman, motivasi dan nasihat buat kawan2 yang baru tu. Dan Alhamdulillah... mereka nampaknya semakin paham dan pasrah cara kehidupan kat sini. Takdelah teruk sangat. Biasalah... bila benda baru menerjah hidup kita, memang lah kita takkan rasa selesa. Semua orang macam tu... Kena sabarlah sikit... Ingat!! Korang dah berani menempuh jalan kanan yang berliku... Pahit akan manis jua akhirnya.....Hehehe...

Siapakah yang hadir pada kali ni? Untuk rekod, otai2 yang hadir adalah Yem, Leo, Amir Marine, Ustaz Nasri, Amir Ali, Man Remboe dan Iwe. Separuh otai yg hadir adalah Jamal selaku tuan rumah dan Nik Nazif dan yang terbaru adalah Sepul, Azhar Hadi, Rudiladha, Jehe, Mazilan dan Hafiz. Yang lainnya kena kerja dan ada kerja. InshaAllah next time la pulak kita jumpa.

Untuk majlis tadi suasananya memang meriah. Macam2 cerita keluar. Lagi2 cerita geng2 yang baru sampai. Huh!! macam2... Sempat jugak aku rakamkan ucapan Aidilfitri dari semua geng2 ni untuk tatapan kawan2 di Malaysia. Hehe...Nantikan kemunculan videonya nanti. Sabar...:)

OKla, panjang dah rasanya coretan aku untuk kali ni. InshaAllah majlis macam ni akan diadakan lagi. Aku harap ramai lagi yang dapat sertai. Lagi ramai lagi gamat dan lagi eratlah sillaturrahim antara kita. Dan kita masih lagi menunggu kedatangan rakan PPT yang masih mencuba untuk menyertai kita. Who's next?? Haha...

Jumpa lagi di lain entri....Wassalam....

Nak tengok gambo2 sekitar majlis, sila masuk Album FB ambe. TQ.

reMBoe - Rindu jugak kat kawan2 PPT..ingat lagi ke tak diorang kat aku?? Huhu..

0 comments: