Mencari LailatulQadar di Malaya...

19 August 2011

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,



Alhamdulillah.... kita sudah menghampiri fasa ke 3 dan terakhir Ramadhan pada tahun ini iaitu fasa 10 malam terakhir Ramadhan yang mana fasa ini adalah fasa yang paling ditunggu-tunggu oleh pencinta Ramadhan Al-Mubarak ini. 10 malam terakhir, ramai yang berusaha untuk mencari Lailatulqadar. Iaitu malam yang penuh barakah yang dikurniakan Allah pada setiap bulan Ramadhan.

Bagi aku, Alhamdulillah, ni adalah kali ketiga aku diizinkan Allah dapat pulang berhari raya di Malaya, tanah tumpah darah yang tercinta. Lazimnya, bagi perantau seperti aku, sememangnya risiko untuk menyambut lebaran di perantauan adalah amat tinggi sekali. Tapi, tahun ni adalah tahun ketiga aku di perantauan dan Alhamdulillah jugak setakat ni aku masih berkesempatan menyambutnya di Malaysia. Bagi aku, selagi ada peluang untuk kita pulang pada setiap Ramadhan dan lebaran, apa perlu kita ambil risiko untuk merasa kesyahduan lebaran di tempat orang?? Hehe....Lainlah kalau kita memang payah nak pulang... Mmm... Lain orang lain pandangannya. Sebab ada jugak kawan2 yang memang nak beraya di perantauan, maklumlah dah namanya merantau, kenalah beraya cara perantau...kan? kan?...hehe...+/-

Okla, untuk rekod bagi 2 tahun yang lalu aku berkesempatan pulang bila 2-3 hari lagi nak raya. Maknanya, balik2 je rayalah... Tapi, tahun ni aku memang planned nak balik 10 hari lagi sebelum raya. Kirakan aku nak mencari Lailatul Qadar kat Malaysia la... InshaAllah... semoga dapat bertemu dengan saat yang dinantikan orang yang masih ada secebis iman di dada.

Saat aku coretkan di blog ni, aku tengah tunggu flight time ke Malaysia. Sebelum aku terbang pulang, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya in advance kepada kawan2 yang terbaca entri ni, maaf zahir dan batin. Kepada rakan2 yang akan pulang ke Malaysia, selamat pulang ke tanahair berjumpa dengan sanak saudara dan kepada rakan2 yang beraya di Qatar dan di perantauan lain, selamat menyambut raya sebagai perantau. Anda semua sememangnya perantau yang sejati!!!... Lagu di bawah aku tujukan buat rakan2 perantau yang beraya di perantauan...Enjoy!!!


Okla, aku nak boarding dah ni... InshaAllah aku akan keep update bila ada kat Malaya nanti... Teruskan berjalan bersama...Chow dulu!!! Jumpa lagi di lain entri!!! Ilalliqaq....Wassalam....

reMboe - bila la agaknya aku nak beraya sebagai perantau?? Hehe...

0 comments: