Assalamualaikum,
Okla, 'sand dune' kali ni anjuran otai2 Malaya kat Qatar ni. Kebanyakannya yang keje dgn QP. So, diorang ni memang lama dah main pasir macam ni. Dah tau dah selok beloknya. Kalau tengok diorang ni lama tak lama, habis semua gadjet ada. Maksud aku gadjet nak masuk ke 'sand dune' ni la. Daripada walkie talkie sampailah ke air compressor untuk pump tayar bila dah keluar balik nanti. Huh... Aku simple je, bawak makanan je. Hehe... Alat pengukur tekanan tayar pun aku takde. :). +/-
Trip masuk dunes bermula seawal pagi sepatutnya. Direncanakan masuk seawal jam 8 pg. Tapi, biasalah, kalau dah ramai, memang la terlajak sikit masanya. Untuk trip kali ni, Ustaz Zamerey dari Akademi Imam Shafie - Dana Kemboja menjadi tetamu khas kami. Ustaz Zamerey ni memang selalu berulang-alik ke Qatar atas urusan kerja beliau. Jadi, di kesempatan kali ni, Ustaz telah meluangkan masa bersama kami untuk merasa pengalaman merentas padang pasir ke'Inland Sea', ataupun dikenali jugak dengan nama 'Khor Al-Udaid' iaitu satu kawasan di tengah padang pasir yang mempunyai air yang luasnya seperti tasik. Subhanallah... Indah sungguh ciptaan Allah.
Ekspedisi kali ni bagi aku agak mencabar la sikit dari yang tahun lepas. Yang tahun lepas lalu jalan senang je. Sikit je panjat pasir, banyak ikut 'desert' hiway'. Tapi, kali ni, memang ikut jalan sukar sikit, ikut kata orang lama lah. Aku tak pernah lagi ikut jalan sukar ni. Sebab orang kata kalu ikut jalan ni, memang lambat lah sampai ke destinasi. Bukan apa, banyak nanti yang lekat dalam pasir. Tapi takpelah, adventure sikit. Barulah dapat pengalaman baru kan? Untuk rekod, 1st time aku ber'sand dunes' ni naik Hummer Hj Konan. Masa tu masuk dengan Hj Kimi. 2 buah je kete yang masuk. Dah la tu, lalu jalan yang memang tak pernah orang lalu. Pergh... masak beb masa tu. Sikit2 lekat. Habis tenaga korek pasir je beb... Hahaha... Itulah pengalaman orang kata. Susah nak dapat kat Malaya!! Hehe...
Okla, macam aku katakan tadi, bila lalu jalan yang mencabar macam ni, makanya waktu yang diambil memang lamalah. Sebab apa, sebab ramai jugak yang terkandas dalam pasir. Aku? Alhamdulillah. Semua selamat. Trek kali ni memang mencabar dan menarik. Yang paling aku suka masa turun bukit pasir yang paling tinggi. Mula2 tengok, takut jugak beb nak turun. Tapi, bila tengok orang lain dah turun, aku pun try jugak lah. Perghhh.... memang seronok beb. Suka tengok kereta meluncur ke bawah. Layan je la. Main brek je. Cara pemanduan pun kena tau jugak bro. Salah main stering, boleh terbalik jugak.
Jadi, setelah 3 jam merentas bukit pasir yang sememangnya mencabar, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Tempatnya sama macam tempat tahun lepas. Kawasan khemah yang pernah dibuat oleh geng2 Malaysia kat 'Inland Sea' ni. Tapi, tahun ni takde orang nak sewa lesen nak buat khemah kat sini. So, tempat ni takde orang la. Lepak kat sini je la. Sesampai je, terus kitorang buat bentang kanvas buat alas untuk solat jumaat. Khutbah dibacakan oleh Ustaz Zamerey. Alhamdulillah... dalam pada kita beraktiviti, jangan kita lupa pada Allah pencipta tempat kita beraktiviti ni. At least bila kita pegi tempat macam ni, kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah. Memang takjub. Semuanya pasir terbentang luas. MashaAllah...Subhanallah....
Nak cerita semua panjang beb. Boleh jadi novel la pulak. So, untuk memendekkan cerita, korang tengok je la gambar2 yang aku sempat masukkan kat bawah ni. Nanti ada masa, aku bukukanlah pengalaman aku kat Qatar ni, then masa tu bolehlah beli buku tu untuk baca cerita penuhnya nanti. Hehe...
Okla, nak chow dulu...jumpa lagi di lain entri...;)
Wassalam....
reMBoe - Rasa nak bermalam la pulak nanti kat 'Inland Sea' ni.... seronok tapi penat bro!!
Malaysia
Qatar























0 comments:
Post a Comment