Sejuk dan berangin.

21 January 2012

Assalamualaikum,


Cuba tengok gambar kat atas tu. Korang rasa apa tu? Ahh?? Ye la tu... Tu ah gambar meter 'unta' aku kat Qatar ni. Tak payah la nak tengok '165km to empty' tu. Tak payah lah tengok '52795.1 km' tu. Tak payah lah tengok 'NE' tu. Cuba korang tengok kat 11degC tu. Haaa... tu la yang aku nak ceritakan kat sini. Apa tu? Kalau nak tau, tu lah dia suhu persekitaran 'unta' aku hari ni. Sejuk beb!! Kalau negara jiran kita cakap, "dingin pak!!!" .... Hehe...+/-

Itulah suhu pada hari ni. Memang ramalan cuaca di Qatar pada minggu ni, kita dapat lihat sepanjang seminggu ni memang diramalkan suhu sejuk di bawah 12degc pada waktu malam hari la. Di tambah pulak dengan keadaan berangin. Tapi tak hujan tau!! Kalau tengok kat ramalan tu, chance of rain=0%. Hehe... Tapi, takpelah... cuaca camni pun dah kira rahmat. Bersyukurlah. Alhamdulillah...

snapshot cuaca seminggu di Qatar

Memang tak dinafikan, bilamana cuaca camni je, memang aku jadi malas nak keluar. Nak buat aktiviti. Kena pulak bini aku memang tak bole sejuk sangat. Jadi sakit kepala. So, sepanjang hari memang tido je la. Tak boleh nak buat apa. Rancangannya hari ni nak pegi tengok Ferrari F1 Qatar buat show kat Corniche, tapi tak kesampaian. Lain kali je la. Aku pun tadi, masa keluar naik kete, pergh!!! sejuk beb!!! dah pakai sweater pun tak bole tahan. Memang tak pernah rasalah kat Malaysia cuaca macam ni. Ni la pengalaman yang tak bole dapat kat Malaysia. At least aku dapat rasa camna rasanya sejuk dan panas kat Qatar ni. Alhamdulillah....

Mengikut pengalaman aku, bila sejuk yang macam ni, ditambah pulak dengan angin bertiup kencang, ini adalah petanda kemuncak musim sejuk di Qatar ni. Kalau tengok waktu sembahyang pun, waktu subuh sekarang ni berada pada waktu paling lambat iaitu pada pukul 5pg++. Dan waktu subuh ni semakin lama semakin awal dan akhirnya nanti pada kemuncak musim panas, subuh akan masuk pada pukul 3pg. Waktu isyak pulak makin lama dah makin lambat. Biasanya musim sejuk macam ni memang siang pendek, dan malamnya memang panjang, Musim panas pulak, siang panjang dan malamnya pulak pendek.

Okla, sampai sini je la aku nak ceritakan. Lain kali pulak aku ceritakan pasal bagaimana cuaca mempengaruhi kehidupan kita di Qatar ni. Kalau aku rajin la. Entah kenapa sejak akhir2 ni aku semakin lembap nak melontar idea dalam penulisan di blog aku ni. Mmm... Apa2 pun, teruskanlah berjalan bersama dan jumpa lagi di lain entri. Wassalam....


reMBoe - Bila sejuk sangat, mata pun asyik nak tutup je. Berhibernasi memang cara paling afdal nak atasi sejuk. Hehe...

0 comments: